Jenayah Rogol

Pembelaan bagi kes jenayah rogol adalah suatu perkara yang rumit dan memerlukan khidmat peguam yang berpengalaman bagi mengendalikan bahan eksibit serta pemeriksaan balas saksi pendakwaan. Kebiasaannya, keterangan bagi kes rogol terdiri daripada keterangan mangsa sendiri, forensik dan juga laporan oleh pegawai perubatan. Hal yang demikian, persediaan pembelaan kes rogol hendaklah dibuat lebih awal dan rapi. Pendakwaan bagi kes rogol tidak terhad kepada perlakuan paksa oleh si pelaku kepada mangsa sahaja. Hubungan seksual suka sama suka sesama kekasih dibawah had umur undang-undang juga diklasifikasikan sebagai rogol meskipun kedua-dua pasangan pada dasarnya bersetuju akan persetubuhan tersebut.