News & Updates
FOLLOW US
KOTA KINABALU: Selepas lebih tujuh tahun dalam tahanan reman, Aminuddin Baharuddin dan Mohd Shaharan Guriman dibebaskan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Kedua-dua lelaki terbabit bebas daripada tuduhan pengedaran dadah melibatkan 5.2 kilogram (kg) methamphetamine mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan.
Peguam Aminuddin, Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, keputusan ini membawa sedikit kelegaan, tetapi ia tidak dapat menghapuskan penderitaan bertahun-tahun yang dialami oleh Aminuddin dan keluarganya.
KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah (KOPEKS) telah berjaya memperoleh keputusan yang memihak kepadanya di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu dalam kes tuntutan pemulangan wang berjumlah RM6,495,288.26. KOPEKS diwakili oleh peguam Jeyan Marimuttu, Mohd Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar, dan Vanessa J Marimuttu.
KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu memerintahkan seorang pengurus inap desa, Mohd Azizan Saidi, 41, yang berasal dari Ranau, dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri atas pertuduhan penyalahgunaan dadah hari ini. Dalam keputusan yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Egusra Ali, beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen-elemen kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semasa perbicaraan, peguambela Mohd Azhier Farhan Arisin berhujah bahawa spesimen air kencing yang dikatakan mengandungi methamphetamine dan amphetamine dikacau ganggu dan tidak dikemukakan sebagai bukti yang sah di mahkamah.